Monday, May 19, 2008

Order Your Lunch Here- Tempah Makan Tengahari

Hai,

Pernah terfikir malas nak pergi beli makanan jauh-jauh and harap ada orang hantar lunch ke pejabat/rumah anda- tapi dah jemu nak makan McD atau KFC atau pizza?

Di sinilah tempat yang anda cari-cari. Blog ini memberikan anda peluang untuk menempah makanan tengahari/makanan petang/makanan malam dan makanan tersebut akan dihantar ke pejabat/rumah/ lokasi di sekitar Kuala Lumpur.

Ayam/Daging/Ikan-
1. Masak merah;
2. Masak lemak cili api;
3. Masak rendang;
4. Masak kari;
5. Masak kurma
6. Salai

Siput Sedut Masak Lemak Cili Api

Sayur campur

Set Individu
Kombinasi: Nasi + Ayam/Daging/Ikan (ikut pilihan anda) + sayur
Harga/set : RM5.50

Tempahan minimum adalah 5 bungkus. Tempahan haruslah dilakukan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masa penghantaran bagi memastikan makanan anda masih panas.

Family set
Sekiranya anda tidak mahu pesanan secara individu, anda boleh buat tempahan secara family set di mana lauk pauk akan dimasak mengikut permintaan anda dan seterusnya dibungkus secara berasingan.


Tempahan Makanan Lain
Bagi tempahan melebihi 20 orang, kami mengambil tempahan luar Kuala Lumpur seperti di kawasan Shah Alam, Putrajaya, Kajang dsbnya.

A. Sarapan Pagi (untuk tempahan 15 orang dan lebih)

Kami juga mengambil tempahan jamuan pagi seperti set nasi lemak, mee/bihun goreng, bihun/mee soto. Harga boleh dirundingkan.

B. Jamuan Tengahari (untuk tempahan 15 orang dan lebih)

Set akan terdiri daripada:

Nasi
Lauk pauk seperti gulai lemak cili api (ayam/daging/ikan/siput), kurma, kari, masak merah dan sebagainya.
Sayur-sayuran
Air (harga bergantung kepada jenis lauk pauk yang dipilih)


Jika anda berminat, sila buat tempahan dengan mendial nombor berikut:

Saadiah Maamor - 03-2241 2337
Wahabi bin Dan - 017 330 2337

Syarat-syarat bayaran:
Tunai pada masa penghantaran bagi set individu
Deposit 15%/Tunai bergantung kepada keselesaan pelanggan

Walau apapun, sila telefon untuk bertanya. Kami pasti boleh membantu anda!!

P/S: Akan upload gambar makanan pada hujung minggu ini.
Jangan bimbang, Pn. Saadiah dan En. Wahabi berpengalaman berniaga terutamanya nasi lemak. Makanan adalah halal.

Sekiranya anda ingin menempah makanan vegetarian, sila maklumkan kerana bahan dan kuali yang akan digunakan adalah berasingan.